Selasa, 5 Januari 2010

Pemuda PAS Wilayah kerah Demontrasi Gaza 8 Januari

Kenyataan Media DPPWP


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengerahkan seluruh ahli PAS sekitar Lembah Klang, NGO dan umat Islam untuk sama-sama menyertai demontrasi bagi membantah tindakan kerajaan Mesir menghalang bantuan kemanusian ke Gaza.


DPPWP menyokong penuh demontrasi yang diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat pada hari Jumaat, 8 Januari 2010 dan mahu suara soladariti umat Islam Malaysia bergema di kedutaan Mesir sebagai bukti pembelaan kita kepada rakyat Palestin di Gaza.


Adalah dayus jika umat Islam Malaysia berpeluk tubuh sahaja bila melihat ribuan rakyat Palestin di Gaza diganyang hingga mati dalam keadaan kelaparan, kesejukan dan kesakitan. Mereka dihalang untuk mendapat apa-apa bantuan dari luar, dan amat malang sekali bila munafik-munafik di Mesir bersekongkol dengan rejim Israel untuk membunuh saudara-saudara kita ini.


Kita di Malaysia merasai nikmat pelbagai makanan dan kehidupan yang lebih baik dari saudara kita, malah hidup kita aman dari serangan mesingan musuh, sedangkan saudara kita disana hidup dalam pelarian dinegara sendiri. DPPWP berharap agar umat Islam Malaysia mempunyai rasa kebersamaan dan tanggungjawab bagi membela rakyat Palestin. Inilah peluang untuk membuktikan keprihatinan dan persaudaraan kita.


Kita diajar oleh ibu dan ayah kita bahawa, jika peha kanan dicubit maka peha kiri juga harus merasa sakitnya.


Ayuh! bangkit, kita bersama-sama berhimpun di bangunan Tabung Haji dan berarak selepas solat Jumaat bersama-sama ke kedutaan Mesir. Bawalah bendera Palestin dan slogan-slogan yang membuktikan kecintaan kita kepada saudara kita disana. Semoga dengan kebersamaan kita, musuh-musuh yang mereka hadapi akan ketakutan dan pintu sempadan dibuka bagi memberikan bantuan kepada saudara kita di Gaza.


Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!!!


Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

sumber: pas.org.my

Isnin, 4 Januari 2010

Post Pertamaku

Salam Ukhuwah